Remaja.
Satu nama yang banyak orang kaitkan dengan usia berseronok-seronok atau
lebih sinonim dengan perkataan Inggeris iaitu ’time to enjoy’. Masa
para remaja di zaman sekarang lebih banyak diluangkan dengan aktiviti
kurang berfaedah, banyak membuang masa dan lebih cenderung untuk
terlibat dengan gejala sosial. Kebanyakan remaja lebih banyak
menghabiskan masanya di bawah lampu jalan, kafe siber, dan di
pusat-pusat snooker. Segala masa yang ada dihabiskan dengan bersembang
dan borak-borak kosong.
Saya
bercakap berdasarkan pemerhatian dan kajian yang telah lama saya
lakukan. Adalah menjadi kewajipan saya sebagai wakil salah seorang
remaja Islam untuk mengemukakan dan membincangkan tentang perihal remaja bermasalah
zaman sekarang. Saya mulakan dengan, Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakaatuh pembuka bicara sebagai langkah kanan dari kami Jihad For
Islam.
Orang
tua-tua selalu dikaitkan dengan kedai kopi. Duduk bersila panggung
sambil membaca surat khabar jawi dan sepuntung rokok gulung di bibir.
Bagaimana pula dengan para remaja?
Secara
jujurnya, saya merasa amat sedih apabila anak-anak remaja bermasalah
ini dicop sebagai mat rempit, bohsia, mat pet, dan sebagainya. Mereka
tidak wajar digelar sebegitu rupa. Bagi saya, remaja ini bukannya tidak
kenal dunia, tetapi mereka boleh dikatakan kurang didikan. Mereka boleh
membezakan antara baik dan buruk ketika ditanya tetapi banyak diantara
mereka yang memilih jalan yang salah. Bukan mereka mahu untuk mati katak
di tengah jalan, tetapi keinginan mereka, nafsu mereka umpama derauan
adrenalin yang mendorong mereka untuk terus berlumba, mengambil dadah,
melakukan seks bebas dan sebagainya. Satu rancangan terbitan TV3 yang
saya tontoni ada melakukan temu ramah dengan seorang pelacur, wartawan
berkata, ” kenapa kamu tidak mahu berhenti dari melacur? Adakah kamu
tahu apakah hukumnya?” Beliau menjawab, ” Alah bang, tau. Kalau nak
terus buat, berdosa, tapi kalau nak berhenti, rugi pulak.” Mashaallah.
Sampai hatinya untuk berkata begitu. Kemana perginya Islam? Tidakkah
remaja itu beringat kepada Allah? Kemanakah perginya iman? Mana perginya
peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak? Tahu hukum agama tentang
berzina, katanya berdosa, tetapi perkataan DOSA itu seperti tidak
diambil peduli. Seperti perkataan dosa itu hanya di hujung lidah. Hanya
untuk disebut. Tidakkah mereka memikirkan tentang azab Allah di hari
akhirat? Mungkin mereka tidak mementingkan perkara sebegitu. Mungkin
juga disebabkan mereka tidak dapat melihat sendiri bagaimana pedihnya
azab yang bakal diterima. Andai kata azab di neraka boleh dilihat
seperti di kaca televisyen, rasanya tidak ada orang yang sanggup
menyebut perkataan dosa itu sendiri. Mungkin mereka alpa. Terkejar-kejar
akan cinta, kekasih, dan perihal duniawi. Mashaallah. Apalah yang nak
jadi dengan dunia ni. Barangkali kiamat sudah dekat.
Banyak
pemerhatian yang saya dilakukan adalah berdasarkan teman-teman
terdekat. Jika mereka melakukan perkara yang boleh mendatangkan dosa,
saya sekurang-kurangnya akan menegur dengan baik atau secara sindiran.
Insyaallah, dengan teguran dan sindiran tadi akan timbul rasa insaf di
dalam hatinya dari melakukan perbuatan berdosa. Alhamdulillah.
Teman-teman memahami dan menerima dengan hati terbuka kerana memahami
niat saya untuk menasihat.
Pemerhatian
demi pemerhatian saya lakukan dan satu lagi masalah gejala sosial telah
saya rungkaikan iaitu ’pergaulan bebas’. Pergaulan bebas sebenarnya
merupakan salah satu faktor penggerak saya untuk mewujudkan laman blog
ini. Saya melihat, ramai diantara rakan sebaya yang tidak mementingkan
cara mereka bergaul tidak kiralah samada lelaki bersama-sama perempuan
ataupun sebaliknya. Di dalam pemerhatian saya, mereka tidak langsung
mementingkan jarak antara satu sama lain (ajnabi) – orang yang layak
dikahwini yang terbatal air sembahyang jika bersentuhan. Seeloknya kita
contohi teladan pelajar-pelajar sekolah berasrama penuh aliran agama.
Sekiranya terserempak dengan perempuan di kaki lima, hendaklah bagi yang
lelaki untuk ketepi dan memberikan laluan kepada perempuan dalam jarak
sehasta. Bagi
saya, contoh seperti ini patut dicontohi oleh para remaja jika berjumpa
dengan perempuan. Selain dari nampak lebih gentle di hadapan perempuan,
ianya juga dapat mengelakkan dari timbul rasa niat jahat di dalam hati
seorang lelaki untuk melakukan tindakan kurang sopan terhadap seorang
perempuan.
Kewujudan
Jihad For Islam merupakan satu usaha keras saya dan beberapa rakan
sekelas yang lain untuk terus berdakwah kepada para remaja. Adalah
menjadi kebanggaan saya sebagai Presiden untuk mengucapkan terima kasih
kepada rakan-rakan, para pembaca, dan semua individu yang telah banyak
menyumbang dalam menjayakan Jihad For Islam. Apa
yang telah saya karangkan di atas hanyalah sekadar permulaan Jihad For
Islam. Insyaallah, Jihad For Islam akan diupdate hampir setiap hari
dengan isu-isu semasa yang akan dibincangkan bersama. Harap para pembaca
boleh meninggalkan komen di bawah agar prestasi Jihad For Islam akan
terus meningkat. Sekian, wassalam.
0 komentar:
Posting Komentar